3 Tempat Cari Makan Di Kelantan

Restoran Selera Tepi Sungai Tanah Merah
Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan, lauk pauk, aneka kuih muih Kelantan dan pemanis mulut. Merupakan tempat makan paling popular di Tanah Merah. Boleh dikatakan semua jenis makanan pelbagai aneka boleh didapati di restoran ini.  Restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk menjamu selera di waktu petang mahupun malam. Ia Terletak di Tanah Merah, berdekatan dengan Sekolah Teknik Tanah Merah.


Roti Tempayan Terbaik di Kuala Krai
Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang serta Kota Bharu. Iaitu bersebelahan stesen minyak Caltex.

Roti tempayan di sini berharga RM1.50 sekeping manakala kuahnya bergantung kepada jenis lauk. Set yang biasa dipesan adalah roti tempayan beserta kuah kari daging serta ayam yang berharga RM3.50, manakala kuah kari kambing pula berharga RM5.00. Selain makan di sini, anda boleh juga bungkus atau buat tempahan.



Bagi anda yg ingin berehat sekejap memandu dari menuju ke Kota Bharu atau ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, bolehlah singgah mencuba roti tempayan di sini. Sememangnya terbaik.


Kopitiam Kita
 Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titabdengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.



Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.

Tel: 019-9810888