3 Tempat Cari Makan Di Kelantan

Restoran Selera Tepi Sungai Tanah Merah
Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan, lauk pauk, aneka kuih muih Kelantan dan pemanis mulut. Merupakan tempat makan paling popular di Tanah Merah. Boleh dikatakan semua jenis makanan pelbagai aneka boleh didapati di restoran ini.  Restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk menjamu selera di waktu petang mahupun malam. Ia Terletak di Tanah Merah, berdekatan dengan Sekolah Teknik Tanah Merah.


Roti Tempayan Terbaik di Kuala Krai
Lokasinya berhampiran simpang tiga lampu isyarat utama di Guchil Kuala Krai yang menghubungkan Kuala Krai, Gua Musang serta Kota Bharu. Iaitu bersebelahan stesen minyak Caltex.

Roti tempayan di sini berharga RM1.50 sekeping manakala kuahnya bergantung kepada jenis lauk. Set yang biasa dipesan adalah roti tempayan beserta kuah kari daging serta ayam yang berharga RM3.50, manakala kuah kari kambing pula berharga RM5.00. Selain makan di sini, anda boleh juga bungkus atau buat tempahan.



Bagi anda yg ingin berehat sekejap memandu dari menuju ke Kota Bharu atau ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang, bolehlah singgah mencuba roti tempayan di sini. Sememangnya terbaik.


Kopitiam Kita
 Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titabdengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.



Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.

Tel: 019-9810888





3 Tempat Cari Makan Di Teluk Intan, Perak.

Ada orang mengembara dengan pelbagai tujuan. Ada yang mahu melihat budaya masyarakat setempat, ada yang mahu memahami sejarah dan ada juga yang hanya mahu menenangkan jiwa setelah berhempas pulas bekerja atau belajar.

 Antara banyak sebab orang mengembara, tak kurang juga yang bertujuan memburu makanan setempat. Oleh itu Saya Backpacker nak cerita sedikit 5 makanan yang wajib anda cuba di Teluk Intan, Perak.


Nasi Beriyani dan Ayam Berempah di Restoran Gulam Rasul



Restoran ini terletak di Jalan Changkat Jong, jalan menghala masuk ke bandar Teluk Intan dan berada di sebelah kiri jalan raya.
Ia adalah makanan mamak turun termurun Teluk Intan yang berusia lebih 25 tahun.
Masakan kari yang pelbagai memang sedap dan boleh dikatakan yang paling sedap di Teluk Intan.
 2. Mee Kicap di Gerai Chah Sabar Menunggu



Gerai ini terletak di Jalan Mahkamah Teluk Intan.
Ia adalah destinasi sarapan yang terbaik di Teluk Intan
Perak memang terkenal dengan Mee Kicap, dan di Teluk Intan Mee Kicap yang sedap adalah di gerai inilah.
Selain Mee Kicap, Kuetiow Sup dan Teh Tarik adalah menu yang hangat diperkatakan.
3.  Mee Rebus Mastan Ghani




Mee rebus Mastan Ghani sangat terkenal di kalangan orang Perak. Siapa yang datang Teluk Intan wajib rasa makanan ini.
Sudah terdapat beberapa cawangan Restoran Mastan Ghani namun lebih seronok jika makan di kedai lama mereka di Jalan Bandar berdekatan dengan Menara Condong.
Kedai lama kecil dan sempit ini memang tak berubah selepas 30 tahun. Jika mahu ruang yang luas dan selesa, boleh ke Jalan Selat, Teluk Intan, iaitu jalan menuju ke Kampung Gajah sebelum jambatan merentasi Sungai Perak.
Selain Mee Rebus, rojak Mastan Ghani adalah antara menu popular yang wajib rasa.