3 Tempat Cari Makan Di Pulau Pinang

Kalau singgah di Pulau Pinang pasti tidak lengkap kalau tidak mencuba makanan yang terdapat di sana. Sampaikan ramai yang berkata Pulau Pinang merupakan “Syurga Makanan”.

Wooo betul ke tu?

Jadi untuk membuktikan kenyataan itu, kami di SuduGarpu ingin berkongsi dengan anda 3 tempat makan menarik yang wajib disinggahi semasa berada di Pulau Pinang. Lets check it out!

#1 Nasi Kandar Line Clear

Jalan Penang, George Town


 Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi nasi kandarnya cukup ‘kaw’!.

Restoran ini merupakan antara tempat makan nasi kandar wajib singgah di Pulau Pinang.


#2 Nasi Kandar Beratur

Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town

Kedai makan ini betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.



Kedai makan ini mula dibuka pada pukul 10 malam dan kalau anda datang tepat pada pukul 10 malam, alamat beratur panjang la sebab ramai orang datang nak menikmati nasi kandar bersama ayam ros yang enak. Memang nak suruh orang gemuk makan malam-malam huhu.


#6 Char Kuey Teow Sungai Dua

Berdekatan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Sungai Dua


Tagline kedai ini “Telur Ayam Di Basuh”, sentiasa dipenuhi pengunjung. Ianya dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi.


Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang (kecil, besar dan special), Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan. Ori Penang mari!